Asalamualaikum dan salam sejahtera.
Tujuan blog ini adalah untuk memberi pendapat, pandangan dan buah fikiran yang merangkumi sosial politik kawasan Dun Mengkebang (N 39), iaitu salah satu daripada 4 Dun di Parlimen Kuala Krai (P31) khususnya dan menyentuh perkara-perkara lain yang berkenaan.
Saya selaku mantan Ahli Dewan Negeri (ADUN) kawasan Mengkebang berharap agar pembaca dapat berkongsi pendapat dan diambil maklum oleh pihak yang bertanggungjawab demi kebaikan serta kesejahteraan rakyat di kawasan ini khususnya.
Didalam pilihanraya 2008 yang lepas, saya yang mewakili BN untuk penggal kedua, kalah kepada calon PAS dan saya menerima kekalahan ini sebagai ketentuan Allah swt. Yang penting bukan soal kalah atau menang, yang penting ialah pembelaan rakyat dan saya merasakan semasa saya menjadi wakil rakyat keutamaan di berikan kepada rakyat tidak mengira apa jua fahaman politik mereka.
Saya dan juga rakyat semestinya mahu wakil rakyat yang baru menjalankan tugas dengan sebaik-baiknya dan menunaikan janji-janji yang telah ditaburkan semasa berkempen menjelang pilihan raya. Kita tidak mahu alasan demi alasan lagi kerana sudah menjadi tanggungjawab sebagai pemimpin serta kerajaan yang diwakili membantu dan menyediakan kemudahan kepada rakyat tanpa pilihan, asalkan rakyat, mereka harus mendapat pembelaan.
Juga saya harap rakyat dapat mula membuat penilaian wakil rakyat yang dipilih mereka walaupun apa jua cara yang telah digunakan oleh calon/parti untuk mendapat kemenangan. Kalau kita bijak memilih, kita juga harus bijak menilai demi untuk kesejahteraan bersama. Penilaian ini penting kerana kita yang tinggal di kampong akan menempuhi masalah harian sekiranya tiada pembelaan atau pemimpin yang dipilih tidak menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan.
Lebih menyedihkan ialah apabila soal kemampuan sesebuah parti yang memerintah negeri tidak dapat melaksanakan sesuatu tanggungjawab melalui wakil rakyat yang mewakili mereka dan sudah tentu yang akan menerima kesan adalah rakyat yang telah memberi kepercayaan kepada mereka. Disini rakyat harus memikirkan secara serius dan jangka panjang bukan sekadar di ulik oleh janji-janji manis, tengok dan lihat di persekitaran kita, bandingkan, guna akal fikiran, buat penilaian, nescaya kita akan membuat keputusan yang baik serta tepat.
Setakat ini dahulu pandangan saya di peringkat awalan blog ini dan saya harap akan mendapat maklumbalas daripada pembaca, wasalam dan salam sejahtera.
Wednesday, June 11, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Harap Datuk dapat pantau projek jambatan utk kuala krai yg dijanjikan utk RMK10
seperti dalam aduan ni:
May 22, 2010 on 4:01 am
... Salam sejahtera dan salam Satu
Malaysia.untuk makluman tuan,aduan ini telah disalurkan ke biro
pengaduan awam jabatan tuan, namun saya tidak pasti apakah
kesudahannya.untuk makluman ,Kampung Pasir Kelang Lama Kuala Krai
Kelantan terletak dibahagian pinggir bandar kuala krai.., tiada
kemudahan jambatan yang tersedia untuk kampung ini…telah banyak nyawa
yang melayang akibat perkhidmatan bot yang kurang selamat..ini kerana
motosikal terpaksa dibawa ke seberang menggunakan bot tersebut..bagi
penghuni yang mempunyai kereta terpaksa ditinggalkan jauh daripada rumah
yang terletak berbatu jauhnya serta tidak selamat dengan kehadiran
pencuri disekitar kawasan pengkalan bot tersebut.Sekiranya jambatan
dibina untuk menghubungkan kampung kami dan kampung seberang, ianya
boleh menjana ekonomi serta memberi manafaat kepada kerajaan juga kerana
banyak hasil tani yang boleh di bawa dari kampung ini…terima kasih atas
perhatian datuk.
link sebenar blh tgk di laman web 1Malaysia. : http://www.1malaysia.com.my/blog/responding-to-comments-ae%E2%80%9C-inclusiveness-in-the-nem-addressing-urban-public-transportation/
Lihat seterusnya..
Responding to Comments รข€“ Inclusiveness in the NEM & Addressing Urban Public Transportation « 1Mal
www.1malaysia.com.my
Assalamualaikum Tuan Yang Dihormati.
Perubahan arus politik semasa yg pd pandangan saya amat kacau bilau kebelakangan ini memberi kegusaran pada rakyat yg kecil seperti saya ini.
Kenaikan harga barangan amat ketara ditambah lagi dengan kenaikan tarif elektrik.Kami rakyat yg hidup mencari rezeki bekerja sekadar mencukupkan keperluan rumah tangga merasa amat tertekan dengan situasi ini.
Nilai ringgit seakan terlalu sedikit dan tak bernilai.
Saya mengharapkan perubahan parti pemerintah akan memberikan impak yang lebih baik kepada rakyat.Bukan seumpama jaluran pelangi indah yang wujud dan muncul hanya seketika.Cantik dipandang mata namun tak mampu dicapai tangan.
Tuan Yang Dihormati,
Semoga tuan mempunyai solusi untuk membantu rakyat kecil seperti kami.Bersedia mendengar keluhan dan keperitan kami.Membawa suara dan harapan kami keluar.
Kami bersedia membantu perjuangan tuan andai kami juga dibantu.
Wassalam
Rakyat Dun Mengkebang
Post a Comment